Apr 15, 2016

Refleksi Diri...


10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau 
bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, 
dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang 
tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang 
betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran 
yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah 
itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak 
mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh 
pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia 
malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam 
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang 
memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas 
gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita,
 oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

0 comments:

Post a Comment