1.0
Pengenalan
Badan Dakwah Dan
Rohani ( BADAR ) Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah ( MTAQA ) terus memacu arus
perjuangan dengan memikul amanah dan kerja dakwah. BADAR mesti dan tidak dapat
tidak perlu bersiap siaga dalam mendepani cabaran-cabaran semasa dalam usaha
dakwah dan tarbiyyah dalam membantu meningkatkan kualiti sahsiah para huffaz
MTAQA. Dengan adanya perancangan ini, diharapkan agar usaha memperkasakan
agenda dakwah dan tarbiyyah di bumi MTAQA tercinta dapat disemarakkan kembali.
Penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen yang bakal
dicurahkan nanti.
2.0 Objektif
2.1 Merancang
program pembangunan syakhsiah.
2.2 Melaksanakan
program-program dakwah, latihan dan kepimpinan.
2.3 Mengadakan
sambutan Hari Kebesaran Islam.
2.4 Memastikan program-program penghayatan
akhlak dilaksanakan mengikut jadual.
2.5 Mengenalpasti
pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan tarbiyah Islamiyyah.
2.6 Memastikan
syakhsiyyah Islamiyyah dipraktikkan oleh pelajar sepanjang hayat.
2.7 Bekerjasama
dengan semua pihak.
3.0 Visi
“
Membina Generasi Berakhlak Al-Quran ”
4.0 Misi
“Memastikan
syakhsiyyah Islamiyyah dipraktikkan oleh pelajar dalam kehidupan harian”
0 comments:
Post a Comment