Mar 29, 2016

Kenapa 'Aku' Diuji?


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
{Apakah kamu berkira-kira atau menyangka bahawa, Aku akan membiarkan manusia cukup sekadar melafazkan bahawa "Aku telah beriman" sedangkan mereka tidak akan diuji?} 
Al-Ankabut : 2

Kisah Pengajaran

1) Kisah Nabi Nuh 'alaihissalam

وَلَقَدْ أَرْسَلْنا نُوحاً إِلى قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلاَّ خَمْسِينَ عاماً فَأَخَذَهُمُ الطُّوفانُ وَهُمْ ظالِمُونَ
{Dan Sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, Maka ia tinggal bersama mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun (950 tahun). Maka ditimpakan kepada mereka banjir yang sangat besar, dan mereka termasuk golongan orang-orang yang zalim} 
Al-Ankabut : 14

2) Kisah Nabi Ibrahim

اَلَمۡ تَرَ اِلَى الَّذِىۡ حَآجَّ اِبۡرٰهٖمَ فِىۡ رَبِّهٖۤ اَنۡ اٰتٰٮهُ اللّٰهُ الۡمُلۡكَ​ۘ اِذۡ قَالَ اِبۡرٰهٖمُ رَبِّىَ الَّذِىۡ يُحۡىٖ وَيُمِيۡتُۙ قَالَ اَنَا اُحۡىٖ وَاُمِيۡتُ​ؕ قَالَ اِبۡرٰهٖمُ فَاِنَّ اللّٰهَ يَاۡتِىۡ بِالشَّمۡسِ مِنَ الۡمَشۡرِقِ فَاۡتِ بِهَا مِنَ الۡمَغۡرِبِ فَبُهِتَ الَّذِىۡ كَفَرَ​ؕ وَاللّٰهُ لَا يَهۡدِى الۡقَوۡمَ الظّٰلِمِيۡنَ
{Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang berdialog dengan Nabi Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu(Raja Namrud) pemerintahan (kekuasaan). Ketika Nabi Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan,” orang itu berkata: “Aku juga dapat menghidupkan dan mematikan”.Nabi Ibrahim berkata: “Sesungguhnya, tuhanku (Allah) boleh menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat,” lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim} 
Al-Baqarah : 258

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ

{Kami berfirman, "Hai api! Sejuklah engkau dan jadilah keselamatan untuk Nabi Ibrahim"} 
Al-Anbiya' : 69

إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ (106) وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ 107
{Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.} 
As Shaffaat : 106-107

3) Kisah Nabi Ayyub
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
{Dan (sebutkanlah kisah) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani} 
Al-Anbiya' - 83

4) Kisah Nabi Yunus

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ 
{Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri} 
Al-Anbiya' : 87

5) Kisah Nabi Zakaria

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
{Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi} 
Al-Anbiya' : 89

Pengajaran

1) Ujian dari ALLAH menunjukkan kasih dan sayangNya terhadap kita semua, sentiasa bersangka baik dengan ALLAH atas segala sesuatu.
2) Allah tidak akan membebankan atau menguji seseorang itu melainkan mereka mampu menghadapi dan mengatasinya.
3) "Orang yang paling kuat diuji dan difitnah adalah, para Nabi, kemudian orang yang membawa risalah dan dakwah mereka selepas dari itu.."





0 comments:

Post a Comment