Mar 23, 2016

Al-Hafiz.... Layak ker aku???


Teringat kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : 

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti " 

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : "Wahai Tuan, siapakah nama tuan?" 

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :  "Namaku Nu'man " 

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"
budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah. 

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :  "Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya" 

Budak itu lalu menjawab : "Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga" 

Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut. Allahu Allah..

Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A'dzam ini...

Pengajaran:-

1) Gunakan gelaran dengan sebaiknya tanpa sombong, riya' dan takabbur 
2) Gelaran bukan kita yang letak, akan tetapi harus diakui oleh guru-guru dan masyarakat
3) "Al-Hafiz" adalah Amanah, bukan tanda kita untuk bermegah.

Related Posts:

  • "Menadah air didalam bekas yang berlubang.." انَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى… Read More
  • "Salah ker aku pakai seluar/jubah labuh ni?" HUKUM ISBAL BAGI LELAKI AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 205 (7 MAC 2016 M / 27 JAMADILAWAL 1437 H)SOALAN:Assalamualaikum wbt,Boleh al-Fadhil SS Muf… Read More
  • Kenapa 'Aku' Diuji? أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ {Apakah kamu berkira-kira atau menyangka bahawa, Aku akan membiark… Read More
  • PROGRAM SOLAT SUNAT ISTISQA BADARMTAQA 27/03/2016 Alhamdulillah. Taqabbalallahu minna waminkum taqabbal ya Kareem! Atur Cara Program>>> - Pengerusi Umum : Azib Muhaimi… Read More
  • Senyumlah... Senyum itu Sedekah      Daripada Aishah RA katanya, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW ketawa kuat sehingg… Read More

0 comments:

Post a Comment