Mar 25, 2016

Senyumlah...

Senyum itu Sedekah     

Daripada Aishah RA katanya, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW ketawa kuat sehingga nampak anak tekaknya, (tetapi) Baginda hanya tersenyum sahaja.”
 
                                                                                                                     ( Bukhari dan Muslim )
Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah SAW merupakan contoh yang paling tepat dan baik di dalam semua perkara.
  2. Seseorang itu dilarang ketawa sehingga terbahak-bahak. Banyak ketawa menunjukkan seseorang itu lalai daripada mengingati Allah dan menghilangkan rasa hormat daripada orang lain.
  3. Islam sentiasa menggalakkan seseorang itu senyum, kerana senyuman itu merupakan satu sedekah.
 
# Salam Jumaat !
# Memori MQ2014 Kem Kijang
 

0 comments:

Post a Comment