May 2, 2016

No Racism in ISLAM


Ashabiyah/berpuak-puak/perkauman ini adalah sesuatu perkara yang tidak di sukai oleh manusia umumnya, malah agama kita sendiri yang mulia ini, Islam , amat melarang & menegah perkara sebegini..

Dan tidak halal pula seorang muslim membela golongannya kerana ta'shshub baik dalam kebenaran , kebathilan , keadilan dan kecongkaan..

Sabda Rasulullah صلی الله علیه وسلم :

لیس منّا من دعا إلی عصبیة ، ولیس منّا من قاتل علی عصبیة ، ولیس منّا من مات علی عصبیة - رواه أبو داود
Mafhumnya : Bukan dari golongan kami orang yang mengajak kepada ashabiyah, bukan pula dari golongan kami orang yang berperang kerana ashabiyah, dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati kerana ashabiyah . (HR Abu Daud


Firman Allah s.w.t :
ياأيها الذين ءامنوا كونوا قوامين بالقسط شهدآء لله ولو على أنفسكم أو الوالدين و الأقربين) . سورة النساء : ١٣٥)
Mafhumnya : Dan jangan sampai kerana kebencianmu terhadap suatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil ( S. Maidah : 8)
Mafhumnya : Hai orang² yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan sebagai saksi kerana Allah sekalipun terhadap diri-dirimu sendiri, atau terhadap kedua orang tua dan kerabatmu. (S. Nisa' : 135)

ولا يجرمنّكم شنأٓن قوم على ألّا تعدلوا ) سورة المآئدة : ٨ )
Dalam haji Wada' yang dihadiri oleh beribu-ribu manusia yang ingin mendengarkan tentang Islam di bulan haram dan di tanah haram, Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan pidatonya yang dikenal dengan "KHUTHBATUL WADA' " ( khutbah perpisahan). Dalam khutbah itu Rasulullah menegaskan beberapa prinsip, yanv bunyinya :
Tiada keistimewaan khusus kerana warna kulit , kerana jenis dan kerana tanah air. Dan tidak halal seorang muslim kerana fanatik kerana warna kulitnya melebihi kulit orang lain, kerana golongannya melebihi golongan lain dan kerana daerahnya melebihi daerah orang lain..

ياأيها الناس إنّ ربّكم واحد ، ألا لافضل لعربيّ على عجميّ ، ولالعجميّ على عربيّ ، ولا لأحمر على أسود ، ولا لأسودعلى أحمر إلّا بالتقوى ( إنّ أكرمكم
عند الله أتقاكم ) - رواه البيهقي
Mafhumnya:
Hai ummat manusia ! Sesungguhnya Tuhanmu itu hanyalah satu. Ingatlah tiada kelebihan bagi orang Arab atas orang lain arab ; tidak pula ada kelebihan bagi orang lain arab atas orang arab ; tidak juga ada kelebihan orang kulit merah atas orang kulit hitam ; dan tidak pula orang kulit hitam atas orang kulit merah, melainkan lantaran taqwa , sebab " sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah yang paling taqwa kepada Allah " . ( HR Baihaqi )

1 comment: