انَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيِهِ
Dari Umar bin Khathab, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
{Sesungguhnya segala amal perbuatan itu bergantung kepada niat kita,
dan sesungguhnya tiap-tiap manusia (akan memperoleh balasan dari) apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya ingin menuju (keredhaan) Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu ke arah (keredhaan) Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana (harta atau kemegahan) dunia yang dia harapkan, atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu ke arah yang ditujunya}
Kisah Pengajaran
Ternyata ada orang yang berjihad dan syahid dijalan ALLAH, tetapi masuk neraka. Siapakah dia? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan:
إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِىَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ. قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لأَنْ يُقَالَ جَرِىءٌ. فَقَدْ قِيلَ. ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِىَ فِى النَّارِ
“Sesungguhnya manusia pertama yang dihisab amalannya pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang mati syahid. Dia dibicarakan, lalu Allah menunjukkan kenikmatan-kenikmatanNya kepada dia, maka dia pun mengetahuinya. Allah bertanya, ‘Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkannya?’ Orang itu menjawab, ‘Aku berperang keranaMu sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman, ‘Kamu bohong, akan tetapi kamu berperang agar dikatakan ‘fulan pemberani; dan itu telah kamu dapatkan.’ Kemudian diperintahkan (agar dia diseret di atas wajahnya). Lalu dia pun diseret di atas wajahnya lalu dicampakkan ke dalam neraka.” (HR. Muslim)
Alangkah sedih dan ruginya. Amal yang begitu berat, sehingga mengorbankan harta dan jiwa, tetapi tetap masuk ke neraka. Dan kita semua tahu penyebabnya: tidak ikhlas, tidak mengharap redha Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Berjihad, tetapi niatnya ingin disebut sebagai pemberani. Berjuang, tetapi niatnya ingin disebut sebagai pahlawan.
Maka, marilah kita sama-sama muhasabah dan periksa hati kita. Jangan sampai kita lebih buruk dari orang yang disebut dalam hadits Nabi tersebut. Beramal kerana riya’. Beramal kerana ingin dipuji orang. Beramal kerana mengharap tepuk tangan.
Jika amal seberat jihad dan pengorbanan nyawa pun menjadi sia-sia kerana riya’, apatah lagi amal-amal kita yang tak sehebat jihad dan jauh dari menggadai nyawa. Tanpa niat yang ikhlas, alangkah ruginya
Pengajaran
1) Niat adalah satu perkara yang sangat penting, jikalau terpesong niat, segala amalan yang dilakukan selama ini diibaratkan seperti, debu-debu yang berterbangan, tidak ada manfaat dan sia-sia.
2) Niatkan segala gerakkerja kita, dakwah kita, kerana ALLAH taala, bukan kerana manusia, meskipun penduduk bumi seorangpun tidak mengenal kita, biarlah penduduk langit sentiasa menyebut-nyebut nama kita dihadapan ALLAH.
3) Marilah kita sama-sama beristighfar kepada ALLAH, jikalau terhadir didalam hati ini, perasaan ujub, riya' dan takabbur.
4) Janganlah kita dalam mengumpul pahala ini seperti, "Menadah air didalam bekas yang berlubang..." (Hakikatnya kita akan beroleh syurga hanya dengan keredhaan ALLAH sahaja)
0 comments:
Post a Comment