قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "استر عيب أخيك يستر الله عيبك يوم القيامة"
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:-
(Tutuplah aib saudara kamu, Nescaya ALLAH akan menutup aib kamu di hari kiamat kelak..)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:-
(Tutuplah aib saudara kamu, Nescaya ALLAH akan menutup aib kamu di hari kiamat kelak..)
Cerita
Ada seorang tabi'in soleh bernama Hatim yang terkenal dengan gelaran Hatim Al Ashamm (Hatim si Pekak). Dia asalnya bukanlah seorang yang pekak, sehingga terjadi suatu peristiwa.
Di kisahkan pada suatu hari, datanglah seorang wanita berjumpa dengan Hatim untuk bertanyakan suatu hal. Saat wanita itu baru membuka mulut bertanya soalan, tiba-tiba..."Puuuttttt". Upps..tanpa sengaja wanita tersebut telah terbuang angin (kentut) dengan mengeluarkan bunyi yang dapat didengar oleh Hatim. Malunya wanita itu bukan kepalang dan Hatim faham bagaimana perasaan wanita tetamunya itu, lalu dengan segera dia cuba menutupinya dengan berkata, "Kuatkan suara kamu".
Hatim berkata demikian kerana dia berpura-pura kononnya dia mempunyai masalah pendengaran a.k.a pekak. Wanita itu merasa senang hati, lega dan tidak serba salah dengan tingkah lakunya kerana menyangka Hatim ini seorang yang pekak, maka pastilah dia tidak mendengar bunyi letupan gas angin yang telah di buang oleh wanita tersebut.
Sejak dari hari itu Hatim di kenali dengan panggilan Hatim Si Pekak dan Hatim terus 'berlakon' menjadi orang yang pekak selama wanita itu masih hidup. Setelah wanita itu meninggal dunia kira-kira 15 tahun kemudian, (15 tahun? Lamanya!) Iya, selama 15 tahun Hatim di gelar Hatim si Pekak dan setelah wanita itu meninggal dunia barulah Hatim berhenti berpura-pura dan kembali normal.
Tapi oleh kerana sudah terbiasa berkata "kuatkan suara kamu" maka Hatim selalu berkata begitu setiap kali ada orang ingin berbicara dengan nya. Begitulah kisahnya suatu pada waktu dahulu...
Pengajaran
1) Jangan membuka aib saudara muslim kamu dengan sesuka hati
2) Meskipun dia banyak melakukan dosa dan maksiat, itu hubungan dia dengan ALLAH, biar ALLAH sahaja yang menunjukkan perangai dia kepada orang lain, bukan kita
3) "Kita semua adalah pendosa,pembuat maksiat, pelaku kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa dan kesalahan itu adalah, orang-orang yang 'bertaubat'..."
0 comments:
Post a Comment